Dell Streak 5 Dilancarkan Di Malaysia

Dell Streak 5 Dilancarkan Di Malaysia

Diterbitkan pada Apr 27, 2011 oleh .

Walaupun telah sekian lama dijual dibeberapa kawasan dan kedai di sekitar Malaysia, hari ini secara rasminya Dell Malaysia telah pun melancarkan Dell Streak 5, yang mana membawakan sistem operasi Android 2.2 Froyo, serta akan dijual melalui pengedar rasmi mereka, pada harga RM2099.


Pelancaran Dell Streak 5 Di Malaysia [via]

Dell Streak 5 merupakan salah satu gabungan antara telefon pintar dan juga tablet, dimana melalui skrin seluas 5-inch itu, ianya membolehkan anda membuat pelbagai perkara, serta didatangkan dengan kamera belakang 5-megapixel, serta kamera hadapan VGA untuk panggilan video. Ianya turut sama membawakan cip pemprosesan 1GHz.


Dell Streak 5 [via]

Ianya turut diketahui yang mana Dell Streak 7 tidak akan dilancarkan di Malaysia, selain mana versi 10-inch dan juga 4-inch yang bakal tiba di Malaysia tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN