Harga iPad 2 Murah RM100 Daripada Apa Yang Dijangka?

Harga iPad 2 Murah RM100 Daripada Apa Yang Dijangka?

Diterbitkan pada Apr 27, 2011 oleh .

Nampaknya, kini ianya sah yang mana harga iPad 2 kelak akan lebih murah daripada harga iPad generasi pertama sebelum ini. Berkemungkinan besar, perkara ini berlaku kerana tiada lagi cukai dikenakan terhadapnya melalui belanjawan tahunan baru, selain harga ringgit Malaysia yang semakin kukuh di pasaran sekarang ini.

Walaupun harga iPad 2 masih lagi belum disahkan secara rasminya oleh pihak Apple, kesemua versi iPad 2 kelak akan lebih seratus ringgit murah berbanding sebelumnya. Ini disahkan lagi dengan The Star sendiri melaporkan yang mana iPad 2 16GB WiFi akan mula dijual pada harga RM1499.

Berikut merupakan harga tidak rasmi untuk iPad 2 di Malaysia:

  • iPad 2 WiFi – 16GB (RM1499), 32GB (RM1799), 64GB (RM2099).
  • iPad 2 WiFi + 3G – 16GB (RM1899), 32GB (RM2199), 64GB (RM2499).

Walaupun ianya dipercayai yang mana ianya kelak akan menjadi harga akhir untuk iPad 2 kelak, namun masih tiada pengumuman rasmi daripada pihak Apple, mahupun pengedar rasmi Apple di Malaysia buat masa ini.


TIPS & ULASAN