Setelah memperkenalkan perkhidmatan jual-beli mereka tidak lama dulu, Mudah.my telah menjadi salah satu perkhidmatan yang berkembang dengan sihat dan pantas di Malaysia. Seperti sedia maklum, ketika pelancarannya, mereka menggunakan banyak platform pengiklanan, terutamanya Google Adwords, dan terkini mereka mula mengiklankannya pada televisyen.
Seperti iklan lain, iklan komersial Mudah.my di televisyen turut sama membawakan mesej yang ringkas dan padat kepada para penonton. Iklan Mudah.my ini turut sama membawakan tajuk Beli.Jual.Cari.Hampir Apa Pun. Beberapa variasi iklan juga turut diperlihatkan pada televisyen, dalam mempromosikan perkhidmatan Mudah.my.