Maxis Bakal Menawarkan Dell Streak Pada Bulan Mei

Maxis Bakal Menawarkan Dell Streak Pada Bulan Mei

Diterbitkan pada Apr 27, 2011 oleh .

Dengan pelancaran rasmi Dell Streak 5 di Malaysia, kini ianya diperkatakan yang mana Maxis akan turut sama menawarkan Dell Streak kepada para penggunanya tidak lama lagi, pada bulan Mei. Namun begitu, harga dan pelan yang bakal diperkenalkan oleh Maxis masih lagi tidak diketahui, dan dijangka akan menawarkan harga yang agak kompetitif.

Maxis juga bakal melancarkan tablet baru, Motorola Xoom esok, selain turut sama menawarkan HTC Flyer pada 12 Mei kelak. Harga bagi setiap pakej dan peranti masih lagi tidak diketahui, namun ianya telah diumumkan oleh pihak Maxis yang mana mereka akan menawarkan HTC Flyer pada harga serendah RM199.

Nampaknya, selain bulan ini yang melihatkan pelbagai tablet baru diperlihatkan, kita juga bakal melihat pelbagai peranti baru dilancarkan oleh Maxis sepanjang bulan hadapan, apatah lagi setelah mereka menanda-tangani perjanjian bersama-sama HTC untuk menawarkan lebih daripada 5 peranti mereka kepada rakyat Malaysia tidak lama lagi.

You heard it here first, Maxis will launch the Dell Streak 5 with a plan in the merry month of May! #fbless than a minute ago via Plume   Favorite Retweet Reply


TIPS & ULASAN