Cari @ Amanz

Selain daripada pengumuman mengenai iPad 2 di lebih 13 negara baru, Apple juga turut sama mengumumkan berkenaan dengan iPhone 4 Putih yang akan dijual di Amerika Syarikat mulai esok. Menariknya, sebelum ini DiGi telah pun memulakan pendaftaran minat untuk iPhone 4 Putih, jauh sebelum Apple mengumumkannya, namun tidak diketahui bilakah ianya akan tiba di Malaysia.

Selain daripada perbezaan warna, ianya tidak membawakan sebarang perbezaan dari segi spesifikasi dan sebagainya. Sama seperti sebelumnya, iPhone 4 putih turut sama membawakan skrin dengan resolusi tinggi, dipanggil Retina Display, serta sokongan FaceTime.

Buat masa ini, ianya tidak diketahui bilakah ianya akan tiba di Malaysia, memandangkan negara jiran kita Singapuran dan Thailand akan menerimanya esok juga. Pada masa yang sama, beberapa ura-ura turut sama memperkatakan yang mana Celcom bakal membawa masuk iPhone 4 berwarna putih terlebih dahulu berbanding pesaing mereka Maxis dan DiGi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd