Antaramuka Metro Pada Halaman Tetapan Windows 8 Diperlihatkan

Antaramuka Metro Pada Halaman Tetapan Windows 8 Diperlihatkan

Diterbitkan pada Apr 28, 2011 oleh .

Dengan Windows 8 Build 7955 yang mula tersebar pada awal minggu ini, beberapa perkara baru dikenal-pasti, dan menariknya salah satu perkara baru yang didapati padanya adalah termasuk elemen-elemen baru dalam bentuk antaramuka Metro yang dinantikan oleh ramai pengguna Windows.

Melalui sebuah video ringkas, antaramuka untuk tetapan sistem (System Settings) diperlihatkan, sekaligus menunjukkan bagaimana antaramuka Metro itu kelihatan kelak. Walaupun tiada sebarang perkara baru yang dikenal-pasti, antaramuka Metro yang serba baru itu semestinya memperlihatkan secara kasar bagaimana ianya akan kelihatan ketika dilancarkan kelak.

Sebelum ini, antaramuka skrin pemasangan yang mengintegrasikan serba sebanyak elemen Metro juga turut sama telah diperlihatkan. Mungkin selepas ini, kita akan dapat melihat lebih banyak info-info dan paparan menunjukkan Metro UI memandangkan kini Microsoft telah pun memasuki fasa pembangunan Milestone 3, dan menghampiri fasa beta tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN