Bekas Pemilik YouTube Mengambil-Alih Delicious Daripada Yahoo!

Bekas Pemilik YouTube Mengambil-Alih Delicious Daripada Yahoo!

Diterbitkan pada Apr 28, 2011 oleh .

Setelah sekian lama menjadi tanda-tanya berkenaan dengan masa depan Delicious, nampaknya hari ini jawapannya diperlihatkan, dimana kini Delicious yang dimiliki oleh Yahoo! telah pun diambil-alih sepenuhnya oleh Chad Hurley dan juga Steve Chen, yang mana sebelum ini mereka berdua telah memulakan YouTube.

Dengan pengambil-alihan ini, Delicious kini menjadi anak syarikat kepada AVOS. Harga pembelian dan pengambil-alihan ini tidak diumumkan. AVOS menjanjikan yang mana para pengguna Delicious boleh kekal menggunakan halaman Delicious tanpa sebarang ragu-ragu sama seperti sebelumnya.

Selain daripada itu, AVOS juga dijangka akan memperkenalkan beberapa perkara baru pada Delicous kelak, dan salah satunya adalah add-on untuk pelayar web Firefox 4, yang akan memudahkan para pengguna bookmark. Mungkin kita akan dapat melihat para pengguna Delicious bergembira semula, dan sama-sama kita lihat perkembangan Delicious selepas ini.


TIPS & ULASAN