Cari @ Amanz

Setelah memperkenalkan Google Chrome 11 Beta pada penghujung bulan Mac yang lepas, kini Google secara rasminya melancarkan Chrome 11 kepada umum, sekaligus membawakan salah satu fungsi yang dinantikan oleh ramai pembangun dan juga pengguna, iaitu sokongan input suara melalui penggunaan HTML5.

Bagi pengguna yang telah mengemaskini kepada pelayar Chrome 11, anda boleh ke Google Translate, dan menguji secara sendiri fungsi input suara ini, dimana ianya akan diterjemahkan kepada anda dengan mudah. Seperti sedia maklum, fungsi ini mungkin lebih mesra untuk para pengguna peranti mudah-alih berbanding dengan pengguna desktop. Namun begitu, masih tiada sebarang pengumuman berkenaan sokongan untuk peranti mudah-alih, walaupun sebelum ini ianya kelihatan yang mana Chrome membawakan beberapa fungsi yang mesra skrin sentuh.

Bagi para pengguna Chrome sedia ada, pelayar web anda mungkin telah dikemaskini secara automatik, dan bagi para pengguna yang ingin menggunakan pelayar web daripada Google ini, boleh memuat-turunnya secara percuma untuk Windows, Mac OS X, dan juga Linux, serta menguji pelbagai fungsi baru ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd