Cari @ Amanz

Setelah memperkenalkan aplikasi CIMBClicks untuk para pengguna iPhone pada tahun 2009, kini kemaskini untuknya dilepaskan, yang mana menariknya membawakan salah satu fungsi baru, iaitu sokongan Augmented Reality (AR) pada pencarian cawangan dan lokasi ATM terdekat dengan seseorang pengguna.

Bagi yang tidak tahu, Augmented Reality memberikan para pengguna arah perjalanan dalam bentuk masa-nyata, sekaligus mempermudahkan lagi para pengguna untuk ke ATM ataupun cawangan CIMB yang terdekat dengan mereka. Perkara ini juga sekaligus menjadikan aplikasi CIMB sebagai aplikasi yang pertama di Malaysia yang menyokong fungsi Augmented Reality.

Buat masa ini, ianya masih lagi tidak diketahui bilakah pengguna aplikasi CIMBClicks untuk Android akan mendapat fungsi baru ini, namun untuk pengguna iPhone dan iPod, anda boleh mengemaskini aplikasi anda, dan menggunakannya dengan mudah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd