Motorola Xoom WiFi Dilancarkan Di Malaysia

Motorola Xoom WiFi Dilancarkan Di Malaysia

Diterbitkan pada Apr 28, 2011 oleh .

Seperti mana yang diperkatakan sebelum ini, hari ini secara rasminya Motorola bersama-sama dengan Maxis telah pun melancarkan tablet pertama yang menggunakan Android 3.0 Honeycomb, iaitu Motorola Xoom di Malaysia. Namun begitu, versi yang diperkenalkan di Malaysia adalah hanya versi WiFi sahaja buat masa ini.

Motorola Xoom dilancarkan eksklusif bersama-sama dengan Maxis, dimana para pembeli yang membelinya bermula daripada 6 Mei kelak, dan mungkin pakej rasmi Maxis akan diumumkan ketika itu. Para pengguna yang berminat juga boleh mendaftarkan minat pada halaman Maxis untuk maklumat lanjut mengenainya. Harga untuk Motorola Xoom bermula daripada RM2499.

Secara amnya, Motorola Xoom WiFi membawakan cip pemprosesan dual-core 1GHz, dengan kamera hadapan 2 megapixel, dan juga kamera belakang 5 megapixel. Ianya juga turut menyokong Adobe Flash, serta membawakan pelbagai fungsi menarik tambahan. Kami akan membuat ulasan ringkas mengenai Motorola Xoom WiFi ini dalam artikel akan datang.


TIPS & ULASAN