Cari @ Amanz

Salah satu perkara yang amat dinantikan oleh para pengguna sumber terbuka adalah pelancaran Ubuntu 11.04. Setelah beberapa versi alpha dan beta, kini Ubuntu 11.04 Natty Narwhal sedia untuk dimuat-turun oleh semua pengguna seluruh dunia secara percuma, dan menikmati sistem operasi generasi baru Ubuntu ini.

Secara ringkasnya, generasi Ubuntu yang ke-14 ini membawakan pelbagai perubahan, dan salah satu perubahan drastik adalah antaramuka Unity padanya. Kini, desktop lebih mudah digunakan dan disusun, dan dijana sepenuhnya oleh Unity. Selain daripada itu, ianya turut membawakan Libre Office yang mengantikan OpenOffice.org, serta pemain media Banshee yang mengantikan Rhytmbox. Pelayar web Firefox 3.0 turut disertakan, serta pengintegrasian bersama-sama perkomputeran awan dilakukan dengan Ubuntu One.

Ulasan penuh untuk Ubuntu 11.04 Natty Narwhal bakal menyusul di LinuxMalaya tidak lama lagi. Bagi para pengguna yang berminat, boleh memuat-turun dan mencuba sistem operasi sumber terbuka yang paling popular ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd