Maxis Bakal Menawarkan Pelan Data Khas Untuk Pengguna iPad 2

Maxis Bakal Menawarkan Pelan Data Khas Untuk Pengguna iPad 2

Diterbitkan pada Apr 28, 2011 oleh .

Dengan pengumuman pelancaran iPad 2 di Malaysia esok, kini Maxis bergerak pantas dengan menjadi antara penyedia telekomunikasi yang pertama untuk menawarkan pelan data khas untuk iPad 2 dengan WiFi dan 3G. Namun, mereka masih belum mengumumkannya dan dijangka akan diumumkan dalam beberapa minggu lagi.

iPad 2 merupakan tablet generasi terbaru daripada Apple, yang mana membawakan pelbagai perkara baru, termasuk kamera hadapan dan belakang, serta rekabentuk yang amat nipis dan ringan. Ianya juga turut sama membawakan masa penggunaan selama lebih 10 jam sama seperti generasi pertama iPad 2.

iPad 2 buat masa ini, ditawarkan secara berasingan di Malaysia, dimana para pengguna yang berminat boleh mendapatkannya daripada pengedar-pengedar rasmi Apple seluruh negara pada harga serendah RM1499.


TIPS & ULASAN