Apple Diperkatakan Membeli Domain iCloud.com

Apple Diperkatakan Membeli Domain iCloud.com

Diterbitkan pada Apr 28, 2011 oleh .

Selain daripada ura-ura kedengaran yang mana Apple bakal melancarkan perkhidmatan muzik berasaskan perkomputeran awan, kini ianya dilaporkan yang mana Apple mungkin telah pun mengambil-alih nama domain iCloud.com, dan dijangka memperkenalkan perkhidmatan storan dan sebagainya yang berkaitan perkomputeran awan tidak lama lagi.

Ianya diperkatakan yang mana berkemungkinan besar, Apple telah membayar sehingga $4.5 juta untuk mengambil-alih nama domain tersebut. Buat masa ini, ianya masih lagi tidak diketahui apakah yang akan dilakukan oleh Apple dengan nama domain tersebut, dan ianya dijangka berkemungkinan besar perkhidmatan seumpama Dropbox, mahupun Ubuntu One akan diperkenalkan padanya.

Mungkin juga Apple akan membuat pengumuman berkaitan dengan perkara ini pada acara WWDC yang akan berlangsung pada bulan Jun ini. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.


TIPS & ULASAN