Cari @ Amanz

Lebih pantas daripada apa yang diperkatakan sebelum ini, dimana hari ini Google telah pun memperkenalkan fungsi panggilan video untuk para pengguna Android. Sama seperti pada Honeycomb, dimana Google menyediakan perkhidmatan ini melalui Google Talk dan membolehkan para pengguna membuat panggilan melalui rangkaian data 3G, 4G mahupun WiFi.

Selain daripada panggilan video, panggilan suara juga boleh dilakukan melalui Google Talk untuk Android yang serba baru ini. Namun begitu, fungsi ini hanya diperkenalkan untuk peranti Nexus S sahaja sebagai permulaan, dan pelbagai peranti lain dijangka menerimanya melalui kemaskini Android 2.3.4 tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd