Selain daripada menyediakan perkhidmatan aggregator tempatan berasaskan lokasi, kini FeedGeorge juga turut sama menyediakan perkhidmatan hos blog percuma mereka, yang mana dijana sepenuhnya oleh WordPress, selain turut sama mengintegrasikannya bersama-sama dengan faktor geolokasi padanya.
Pihak FeedGeorge juga mengatakan yang mana plugin khas yang mana digunakan pada GeoBlog dijangka bakal diperkenalkan kepada para pengguna WordPress yang memasangnya sendiri pada blog sekitar bulan Mei ini, sekaligus membolehkan setiap artikel yang ditulis pada blog masing-masing akan mesra dengan FeedGeorge, sekaligus memberikan impak yang lebih menyeluruh kepada kedua-dua pihak.
Sebelum ini, baru-baru ini, FeedGeorge telah mengumumkan kerjasama bersama-sama dengan OfficeKami, selain mana turut memenangi anugerah pilihan pengguna ketika Echelon Malaysia Satelite.