Nampaknya, selain daripada antaramuka Metro yang bakal dibawakan oleh Windows 8, ianya juga kelak akan membolehkan para pengguna mengubah-suai pelbagai perkara mengikut kepada citarasa pengguna, termasuk bersama-sama dengan skrin log masuknya sekali.
Ianya diperlihatkan yang mana skrin log masuk Windows 8 kelak boleh mengguna-pakai gambar wallpaper sama seperti pada desktop para pengguna, sekaligus membolehkan mereka mengubahnya mengikut citarasa yang diinginkan dan bukannya hanya sekadar gambar tetap pada Windows seperti sebelumnya.
Bertambah menarik lagi, memandangkan Windows 8 akan menyokong live-wallpaper, ianya bakal menjadikan skrin komputer anda lebih menarik lagi berbanding sebelumnya. Ianya diperkatakan yang mana ketika pelancarannya kelak, fungsi ini boleh diaktifkan dengan mudah, namun melalui versi pembangunannya buat masa ini, ianya masih memerlukan sedikit pengubahan pada Registry untuk mengaktifkannya.