Nampaknya peminat Need For Speed akan terus bergembira sepanjang tahun ini, dimana selain daripada Need For Speed : Shift 2 Unleashed, Electronics Arts juga bakal melancarkan Need For Speed : The Run pada penghujung tahun ini, dan berkemungkinan besar dibangunkan oleh Black Box Studio.
EA sendiri telah memuat-naik video promosi untuk The Run, yang mana memperkatakan yang ianya akan membawakan genre perlumbaan seperti sebelum-sebelumnya, dimana anda akan berlumba di seluruh Amerika Syarikat, daripada San Francisco ke New York. Ianya juga dijangka akan membawa adegan kejar-mengejar antara pelumba dan juga polis seperti sebelum-sebelum ini.
Need for Speed : The Run ini dijangka akan dilancarkan secara rasminya pada 15 November, dan mungkin lebih banyak maklumat dijangka akan diumumkan tidak lama lagi.