Cari @ Amanz

Setelah melancarkan pakej dan pelan iPhone 4 untuk para pengguna perniagaan (enterprise), kini ianya diperkatakan yang mana pakej dan pelan iPhone 4 untuk para pengguna umum akan kelak diumumkan pada 5 Mei ini. Ianya masih lagi tidak diketahui adakah harga peranti dan pakej yang akan ditawarkan akan jauh berbeza ataupun tidak.

Buat masa ini, Celcom menawarkan iPhone 4 bersama-sama dengan pelan Celcom Biz, pada harga serendah RM248 untuk iPhone 4 16GB dan RM538 untuk iPhone 4 32GB. Ianya juga diura-urakan yang mana Celcom bakal membawa masuk iPhone 4 Putih, namun masih lagi tidak disahkan buat masa ini.

Selain daripada Celcom, di Malaysia, Maxis dan juga DiGi turut sama menawarkan peranti yang sama kepada para pengguna dengan harga dan pakej yang amat kompetitif sekali.

Tips daripada @AizuddinManap

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd