Cari @ Amanz

Google Memperlihatkan Waktu Solat Pada Keputusan Carian

Oleh Aman

Link Copied!

Setelah memperkenalkan hasil carian pantas untuk cuaca, masa, keputusan bola sepak dan sebagainya, kini Google gerak setapak kehadapan lagi dengan kini mula mengintegrasikan fungsi carian pantas untuk waktu solat. Namun begitu, buat masa ini, hanya beberapa lokasi diluar negara sahaja disokong, dan masih tiada sokongan untuk Malaysia.

Fungsi ini dijayakan oleh Google dengan menarik data daripada halaman SalahTimes.com, dan empat waktu solat terkini diperlihatkan padanya. Google juga turut memperkatakan yang mana fungsi ini boleh digunakan untuk semua carian bahasa Arab dan bahasa English buat masa ini, dan mungkin banyak lagi bahasa akan disokong dari semasa-ke-semasa.


Komen ()