Friendster Masih Hidup Dan Akan Dijenamakan Semula

Friendster Masih Hidup Dan Akan Dijenamakan Semula

Diterbitkan pada Apr 29, 2011 oleh .

Dengan pengumuman Friendster meminta para penggunanya untuk membuat salinan data, ramai yang beranggapan bahawa Friendster mungkin akan ditutup selamanya. Namun begitu, menyangkal perkara tersebut, Friendster memperkatakan yang mana mereka dalam proses membangunkan dan menjenamakan semula, dan bakal melancarkan perkhidmatan mereka semula tidak lama lagi.


Wakil Friendster Pada WebCamp April [via]

Dan berbeza dengan sebelum ini, Friendster baru kelak akan lebih memfokuskan kepada permainan atas talian dan juga permainan sosial, sekaligus selari dengan tujuan asal MOL. Kod-kod pada laman web Friendster juga akan dikemaskan sepenuhnya, dan ianya merupakan salah satu sebab mengapa Friendster membuang beberapa fungsi pada lamannya, termasuk blog yang mana menggunakan kod WordPress untuk beroperasi.

Buat masa ini, masih tiada tarikh pasti berkaitan bilakah ianya akan dilancarkan, namun Friendster memperkatakan yang mana ianya akan diperkenalkan dalam masa beberapa minggu selepas semua data dipadam oleh mereka.


TIPS & ULASAN