WordCamp Asia Dijenamakan Semula Menjadi WordConf Asia

WordCamp Asia Dijenamakan Semula Menjadi WordConf Asia

Diterbitkan pada Apr 29, 2011 oleh .

Seperti sedia maklum, penganjur WordCamp Malaysia pada tahun lepas, kini kembali semula untuk tahun ini, dimana sebelum ini telah merancang untuk mengadakan WordCamp Asia di Kuala Lumpur. Namun disebabkan beberapa perkara yang tidak diketahui, kini ianya kelihatan yang mana mereka telah menjenamakannya menjadi WordConf Asia, dan bakal diadakan mengikut jadual yang sama seperti sebelumnya.

Persidangan mengenai WordPress ini bakal diadakan pada 14 Mei 2011 di Kuala Lumpur dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Lokasi yang tepat masih lagi belum diumumkan buat masa ini, dan dijangka akan diumumkan tidak lama lagi. Lebih kurang 6 tajuk dijangka akan dibincangkan, dan harga pendaftarannya bermula daripada RM150.

Tiada sebarang pengumuman berkenaan mengapakah penjenamaan semula ini dilakukan, dan ianya tidak lagi tidak diketahui apakah mereka akan membawakan konsep baru, ataupun masih mengekalkan konsep serupa seperti tahun lepas yang mana dilihat tidak begitu berjaya, dengan pelbagai slot untuk penaja dan sebagainya. Sama-sama kita lihat perkembangan WordConf Asia dan berharap ianya akan lebih berjaya daripada tahun lepas.


TIPS & ULASAN