RIM : BB OS 6.1 Bakal Dikenali Sebagai BlackBerry OS 7

RIM : BB OS 6.1 Bakal Dikenali Sebagai BlackBerry OS 7

Diterbitkan pada Apr 30, 2011 oleh .

Hari ini, pihak RIM secara rasminya mengesahkan yang mana BlackBerry OS 6.1 kelak akan dikenali sebagai BlackBerry OS 7.0, dan dijangka akan membawakan pelbagai perkara baru. Salah satunya adalah sokongan antaramuka sepenuhnya dengan hardware-acceleration, untuk sistem operasinya dan aplikasi yang mana sebelum ini sedikit lambat pada peranti BlackBerry.

Selain daripada itu, BlackBerry OS 7.0 juga dijangka akan membolehkan para pengguna mengubah antaramuka skrin utama, serta membawakan sokongan carian peranti dengan bantuan suara, dimana kedua-duanya diperkatakan diambil daripada fungsi serupa pada Android.

Ianya tidak diketahui yang mana adakah semua peranti akan menyokong BlackBerry OS 7.0 ataupun sebaliknya. RIM dijangka akan mengumumkan lebih banyak perkara mengenainya ketika BlackBerry World yang bakal diadakan pada minggu depan, dimana pada acara sama juga RIM dijangka memperkenalkan beberapa peranti baru BlackBerry.


TIPS & ULASAN