Akaun Berdaftar Di Twitter Melangkaui Angka 200 Juta

Akaun Berdaftar Di Twitter Melangkaui Angka 200 Juta

Diterbitkan pada Apr 30, 2011 oleh .

Twitter hari ini mengesahkan yang mana bilangan akaun yang didaftar pada Twitter telah pun melangkaui angka 200 juta akaun. Walaubagaimanapun, hendaklah diambil perhatian yang mana sebahagian daripada akaun Twitter yang didaftarkan adalah hanya digunakan sebagai tempat mengemaskini RSS, dan juga sebagai bot.

Walaubagaimanapun, ianya masih lagi memperlihatkan yang mana Twitter sedang berkembang dengan sihat diseluruh dunia. Dan bertambah menarik lagi memandangkan Twitter memperkatakan yang mana lebih daripada 70% trafik ke Twitter datangnya daripada luar Amerika Syarikat, dan hampir 25% daripada Tweet hadirnya daripada Jepun sahaja.

Twitter sebelum ini telah memperkenalkan pelbagai pembaharuan pada laman mereka, termasuk baru-baru ini telah memperkenalkan halaman utama yang serba baru, dan ringkas, menumpukan dengan lebih serius lagi kepada fungsi carian dan menemui rakan-rakan dengan mudah.


TIPS & ULASAN