Friendster Baru Bakal Mengintegrasikan Facebook Connect

Friendster Baru Bakal Mengintegrasikan Facebook Connect

Diterbitkan pada Apr 30, 2011 oleh .

Mungkin semua sudah ketahui yang mana Friendster bakal dijenamakan semula tidak lama lagi, dimana ianya akan lebih menumpukan kepada permainan sosial, serta juga muzik melalui halaman mereka. Dan kini, ianya diketahui Friendster juga akan mengintegrasikan Facebook Connect pada laman mereka yang baru ketika pelancarannya kelak.

Dengan pengintegrasian Facebook Connect ini, mungkin ianya akan lebih memudahkan pengurusan akaun, serta menarik kembali para pengguna dan pencinta permainan sosial untuk menggunakan laman mereka dengan lebih aktif lagi. Memandangkan MOL, syarikat disebalik Friendster merupakan salah satu penyedia mata-wang digital untuk permainan, mungkin juga mereka akan menawarkan pelbagai tawaran menarik untuk para pemain, serta menarik balik para pengguna aktif menggunakan laman mereka.

Buat masa ini, ianya tidak diketahui bilakah Friendster akan melancarkan laman baru mereka, namun ianya diperkatakan yang mana akan diperkenalkan dalam masa beberapa minggu lagi.


TIPS & ULASAN