USM Bakal Membangunkan Tablet Pendidikan Berasaskan Android

USM Bakal Membangunkan Tablet Pendidikan Berasaskan Android

Diterbitkan pada Apr 30, 2011 oleh .

Dengan dunia yang beralih kepada peranti berbentuk tablet, kini Malaysia turut tidak ketinggalan, dimana selepas tablet pertama daripada Mimos yang tidak dipasarkan kepada umum, kini Universiti Sains Malaysia (USM) bakal mengeluarkan tablet mereka sendiri yang dipanggil sebagai The Padi.

Tablet daripada USM ini kelak akan lebih menumpukan kepada pendidikan, dan buat masa ini, pihak USM sendiri sedang mencari pengatur-cara untuk menjayakan program ini. Menariknya, melalui projek ini juga, tablet tersebut dijangka akan mengintegrasikan sebuah enjin khas, untuk para pengguna mencari jawapan dan sebagainya, dan akan menggunakan sumber terbuka sepenuhnya.

Buat masa ini, tarikh pasti pelancaran tablet daripada pihak USM ini masih lagi tidak diketahui, dan ianya mungkin akan diperlihatkan seawal penghujung tahun ini. Sama-sama kita nantikan perkembangannya kelak.


TIPS & ULASAN