Cari @ Amanz

Windows 8 Membolehkan Storan Fail Pemasangan Di Lokasi Alternatif

Oleh Aman

Link Copied!

Nampaknya, selain memudahkan para pengguna untuk mengembalikan sistem operasi mereka dengan mudah kepada yang asal tanpa perlu memasukkan DVD pemasangan dan sebagainya, Windows 8 juga kelak akan membolehkan para pengguna untuk menetapkan lokasi alternatif untuk menyimpan fail-fail pemasangan Windows.

Fungsi baru ini juga membolehkan para pengguna untuk menetapkan lebih daripada satu lokasi untuk menyimpan fail pemasangan, sekaligus memberikan anda kawalan penuh keatas penyimpanan fail-fail Windows. Walaubagaimanapun, berkemungkinan besar, mungkin ramai pengguna tidak akan menggunakan fungsi ini, dan hanya akan menggunakan perkara asas seperti mana yang telah ditetapkan oleh Windows.

Versi pembangunan Windows 8 dijangka akan diedarkan oleh Microsoft sekitar bulan September ini, dan mungkin versi beta pertama akan diumumkan ketika PDC tahun ini nanti. Selain daripada itu, beberapa versi pembangunan Windows 8 juga telah terlepas kepada umum, dan boleh dimuat-turun melalui beberapa laman torrent terkemuka.


Komen ()