Menurut beberapa laporan dan ura-ura, ianya diperkatakan yang mana Appple bakal melancarkan model iMac serba baru pada minggu ini, atau lebih tepat lagi pada hari Selasa ini, 3 Mei. Tiada spesifikasi penuh diketahui buat masa ini, namun ianya diperkatakan yang iMac baru ini akan membawakan cip pemprosesan Intel Core i5/i7 dan juga port Thunderbolt.
iMac baru juga dijangka akan mula dijual pada hari yang sama. Namun begitu, ianya tidak diketahui adakah Malaysia akan menerimanya pada minggu yang sama ataupun tidak. Buat masa ini, info berkaitan dengan pelancaran iMac model baru ini masih lagi samar-samar dan tidak dapat dipastikan sepenuhnya.
Apple masih lagi tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan dengan perkara ini buat masa ini.