Cari @ Amanz

Kedai Aplikasi Pada Windows 8 Akan Dikenali Sebagai Windows Store

Oleh Aman

Link Copied!

Nampaknya, Windows App Store yang diperkatakan sebelum ini kini telah pun diketahui namanya, iaitu akan dikenali sebagai Windows Store. Buat masa ini, rekabentuk Windows Store pada Windows 8 masih lagi belum diketahui, namun beberapa data awal mengenainya sudah pun mula kelihatan pada Windows 8 Build 7955 yang tersebar baru-baru ini.

Ianya diperkatakan, berkemungkinan besar, Windows Store ini kelak akan menggunakan platform HTML5, serta menggunakan Azure Cloud untuk menghantar aplikasi terus ke desktop para pengguna. Ianya juga diperkatakan yang mana aplikasi daripada Windows Store ini kelak akan di sync melalui Windows Live, membolehkan anda menggunakan aplikasi dengan tetapan serupa dilebih daripada satu desktop.

Sebelum ini, ianya telah diperlihatkan yang mana Windows 8 kelak akan membolehkan para pengguna untuk menggunakan profail dan beberapa tetapan lain secara terus melalui Windows Live ID pada sebarang komputer, dan nampaknya, aplikasi daripada Windows Store merupakan sebahagian daripadanya.

Versi pembangunan awal dijangka akan diberikan secara rasmi kepada para pembangun seawal bulan September ini ketika acara Windows Developer Conference, selain versi beta dijangka akan diumumkan ketika PDC pada bulan Oktober kelak.


Komen ()