Cari @ Amanz

Selain daripada Groupon Malaysia dan juga MyDeals, salah satu laman diskaun berkumpulan yang meningkat naik dengan pantasnya adalah Dealmates. Kini dengan hanya tiga bulan beroperasi, DealMates telah pun mencapai lebih daripada 100,000 orang pengguna yang berdaftar dengan perkhidmatan mereka, menjadikannya salah satu perkhidmatan yang meningkat naik dengan pantas.

DealMates merupakan salah satu laman yang dibangunkan oleh Catcha Group, dan telah menggunakan salah satu kaedah pemasaran yang menarik untuk menarik para pengguna berdaftar dengan mereka, iaitu dengan memberikan barangan dan gajet-gajet menarik secara percuma melalui laman mereka.

Sebelum ini, Groupon Malaysia sendiri mengambil masa lebih kurang 6 bulan untuk mencapai bilangan pengguna seramai 100,000 orang. Namun begitu, angka tersebut dapat dicapai oleh DealMates dengan hanya 3 bulan operasi.

Nampaknya sepanjang tahun ini, kita mungkin akan dapat melihat persaingan sihat antara para penyedia laman diskaun berkumpulan di Malaysia, selain beberapa laman yang sudah pun mula menghentikan perkhidmatan mereka disebabkan gagal mencapai apa yang diingini oleh para pengguna.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd