Cari @ Amanz

Setelah digunakan untuk sekian masa oleh pembangunnya, kini RT.my boleh digunakan oleh semua pengguna, dimana mereka boleh meringkaskan URL artikel mereka dengan mudah, dan pantas melaluinya. Laman RT.my dijana sepenuhnya oleh Lessn, dan ianya turut didatangkan bersama-sama butang Twitter, untuk membolehkan pengguna tweet sebaik sahaja meringkaskan URL mereka.

RT.my atau membawa sinonim ReTweet, buat masa ini menggunakan angka sebagai penghujung pada ringkasan setiap URL. Ianya diuruskan oleh MohdIsmail, yang mana turut sama menulis pada laman teknologi Receivo. Ianya juga turut sama direkabentuk oleh perekabentuk terkenal, Flisterz.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd