Jadual Pelepasan Bagi Ubuntu 11.10

Jadual Pelepasan Bagi Ubuntu 11.10

Diterbitkan pada Mei 3, 2011 oleh .

Pelepasan akhir bagi Linux Ubuntu versi akan datang iaitu Oneiric Ocelot 11.10 ialah pada hari Selasa, 13 Oktober 2011 dan jadual bagi pelepasannya boleh dirujuk pada Ubuntu Wiki.

Sama seperti Ubuntu Natty Narwhal, Ubuntu Oneiric Ocelot akan melepaskan versi alpha kepada umum 3 kali dan 2 kali bagi versi beta. Berikut merupakan tarikh bagi pelepasan tersebut:

2 Jun, 2011 – Alpha 1
30 Jun, 2011 – Alpha 2
4 Ogos , 2011 – Alpha 3
1 September, 2011 – Beta 1
22 September, 2011 – Beta 2
13 Oktober, 2011 – Pelepasan akhir kepada umum untuk versi stabil.

Ubuntu Oneiric Ocelot kelak bakal membawakan paparan antaramuka Unity yang sama seperti Ubuntu Natty Narwhal serta sokongan terhadap antaramuka Gnome3 yang diperbaiki bagi membolehkan para pengguna setia Gnome menikmati persekitaran Gnome3 pada Ubuntu seperti sebelum ini.

 


TIPS & ULASAN