Ikhwan Nazri Menyertai AmanzNetwork Sebagai CEO

Ikhwan Nazri Menyertai AmanzNetwork Sebagai CEO

Diterbitkan pada Mei 2, 2011 oleh .

Setelah beroperasi selama beberapa tahun, kini AmanzNetwork mendapatkan Ketua Eksekutif pertamanya, iaitu Ikhwan Nazri, yang mana turut sama merupakan pemilik dan pembangun disebalik beberapa projek dan aplikasi terkemuka, termasuk WeddingKami dan juga OfficeKami, serta Flavert Media Lab.

Bagi yang tidak mengenali Ikhwan Nazri, beliau merupakan salah seorang pembangun dan pelatih Adobe Flash yang berpengalaman di Malaysia, dan amat mengenali pelbagai perkara berkaitan media baru, sekaligus menjadi pilihan utama dalam membawakan AmanzNetwork keperingkat yang seterusnya. Ikhwan Nazri juga turut sama telah menjayakan pelbagai projek komuniti sebelum ini, termasuk telah memperkenalkan projek Al-Quran untuk PSP yang mana telah mendapat perhatian seluruh dunia, serta kini bergiat-aktif dengan projek OfficeKami.

Selain daripada itu, baru-baru ini, beliau juga telah disenaraikan pada laman Agensi Inovasi Malaysia, dan merupakan salah seorang pengerak aktif dalam industri ICT tempatan.

Di AmanzNetwork, beliau akan menyusun strategi untuk terus memperkembangkan jenama dan penyampaiannya, selain pada masa yang sama menguntungkan komuniti secara lebih menyeluruh lagi. Selain daripada itu, beliau juga akan menguruskan bahagian bisnes AmanzNetwork serta memberikan khidmat nasihat dalam membangunkan AmanzNetwork menjadi jenama media baru IT.

Beberapa perkara baru dalam memperluaskan jenama dan cara penyampaian pelbagai perkara berkaitan IT dan sebagainya turut sama telah dirangka, dan dijangka akan diperkenalkan kepada para pengguna dan pembaca secara berperingkat selepas ini.

Para pengguna boleh menghubungi Ikhwan Nazri secara terus melalui Twitter di @tekong, ataupun mengikuti blog dan Tumblr beliau untuk mengenali beliau dengan lebih rapat lagi.


TIPS & ULASAN