RIM Mengumumkan BlackBerry OS 7

RIM Mengumumkan BlackBerry OS 7

Diterbitkan pada Mei 2, 2011 oleh .

Seperti mana yang diperkatakan sebelum ini, hari ini Research In Motion secara rasminya telah mengumumkan BlackBerry OS 7 yang mana merupakan penjenamaan semula kemaskini BlackBerry OS 6.1 sebelum ini. Bersama-sama dengan pengumuman tersebut, RIM turut sama mengumumkan BlackBerry Bold Touch 9900 dan juga 9930 dan dijangka akan dilancarkan pada tahun ini.

Melalui BlackBerry OS 7, pengalaman penggunaan BlackBerry diperkatakan akan menjadi lebih mudah dan pantas, serta membawakan sokongan carian suara untuk carian kandungan didalam telefon dan juga pada web. Pada masa yang sama BlackBerry OS 7 juga akan membawakan pelayar web yang ditambah-baik lagi serta didatangkan dengan sokongan video HTML5.

Pada masa yang sama, ianya turut mengintegrasikan BlackBerry Balance, yang mana membolehkan para pengguna membahagikan kandungan antara sebagai kandungan peribadi, ataupun kandungan korporat pada telefon pintar yang sama. Selain daripada itu, para pengguna juga diperkatakan akan mendapat versi penuh Docs To Go bersama-sama BlackBerry OS 7, membolehkan para pengguna peranti pintar BlackBerry mengakses pelbagai fail dan dokumen termasuk berbentuk *pdf dengan mudah.

Walaubagaimanapun, ianya diperkatakan yang mana peranti-peranti sebelum ini, termasuk yang menggunakan BlackBerry OS 6 tidak akan mendapat kemaskini BlackBerry OS 7, dan hanya peranti baru sahaja yang akan didatangkan bersama-sama dengannya.


TIPS & ULASAN