Cari @ Amanz

Dengan pembangunan pelayar web Firefox yang dijadikan lebih pantas lagi, kini Mozilla telah pun mengeluarkan versi beta pertama untuk Firefox 5. Sebelum ini, versi pembangunan Firefox 5 telah pun diperkenalkan pada saluran Nightly dan juga Aurora, dan kini ianya telah diperkenalkan pada saluran Beta, saluran terakhir sebelum versi stabilnya diperkenalkan.

Buat masa ini, masih tiada sebarang perubahan kasar pada Firefox 5 Beta berbanding dengan versi stabil, Firefox 4. Namun begitu, ianya membawakan beberapa penambahan, termasuk sokongan CSS3 yang baru, sokongan HTML5 yang ditambah-baik dan beberapa perkara lain lagi.

Firefox 5
Salah Satu Fungsi Baru Pada Firefox 5 Kelak – Fungsi Perkongsian Sosial

Para pengguna yang berminat, boleh memuat-turun Firefox 5 Beta ini daripada pelayan FTP Mozilla. Namun begitu, hendaklah diambil perhatian yang mana ianya merupakan versi pembangunan beta terawal, dan mungkin beberapa versi pembangunan lagi akan dilepaskan selepas ini. Versi akhir Firefox 5 Beta dijangka akan dilancarkan sekitar 17 Mei kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd