RIM Mengumumkan Fungsi Panggilan Video Untuk BlackBerry PlayBook

RIM Mengumumkan Fungsi Panggilan Video Untuk BlackBerry PlayBook

Diterbitkan pada Mei 3, 2011 oleh .

Selain mengumumkan BlackBerry OS 7 dan juga memperkenalkan peranti baru, BlackBerry Bold 9900, RIM juga turut sama mengumumkan fungsi sembang video pada BlackBerry PlayBook, yang mana akan membolehkan para penggunna membuat panggilan sesama pengguna BlackBerry PlayBook melalui talian WiFi, lebih kurang serupa seperti FaceTime daripada Apple.


Pengumuman RIM Mengenai Panggilan Video Pada BlackBerry PlayBook [via]

Ianya diperkatakan yang mana aplikasi tersebut akan diperkenalkan kepada semua pengguna BlackBerry PlayBook melalui kemaskini platform yang akan diperkenalkan pada minggu ini. Fungsi panggilan video dan suara ini akan turut sama membawakan pelbagai fungsi dalam panggilan, termasuk notifikasi panggilan dan sebagainya, dan senarai rakan berdasarkan BlackBerry ID.

Selain daripada pengumuman fungsi panggilan video ini, RIM juga turut sama mengumumkan Facebook untuk PlayBook yang mana turut sama menyokong fungsi sembang Facebook, dan membolehkan anda mengikuti perkembangan rakan-rakan anda dengan mudah melalui tablet BlackBerry tersebut.

Buat masa ini, ianya masih lagi tidak pasti bilakah BlackBerry PlayBook akan tiba di Malaysia, dan harga tawarannya kelak di pasaran tempatan. Namun beberapa ura-ura memperkatakan yang mana Celcom akan menerima hak eksklusifnya di Malaysia. Namun tiada pengesahan rasmi buat masa ini.


TIPS & ULASAN