Cari @ Amanz

Laman Facebook OhMedia Network telah digodam oleh kumpulan atau individu yang menggelar diri mereka sebagai CyberBlackOps. Kejadian yang berlaku pada jam 6 pagi tadi telah menyebabkan ruangan wall dipenuhi dengan mesej godaman yang dilihat berunsurkan peribadi malah gambar profil Oh! Media digantikan dengan imej yang didakwa sebagai gambar pemilik OhMedia Network – Khai Hassan.

Buat masa ini, masih tidak diketahui bagaimanakah laman Facebook tersebut telah digodam, dan pemiliknya masih lagi belum mengumumkan sebarang perkara berkaitan dengannya.

Laman Facebook tersebut walaubagaimanapun pulih kepada keadaan asal pada jam 7.20 pagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd