Twitter Bakal Mengambil-Alih TweetDeck

Twitter Bakal Mengambil-Alih TweetDeck

Diterbitkan pada Mei 3, 2011 oleh .

Setelah laporan sebelum ini, kini ianya dilaporkan yang mana Twitter akan mengambil-alih TweetDeck, dan ianya diperkatakan yang mana harga pembeliannya berkemungkinan besar adalah diantara $40 juta hingga ke $50 juta. Sebelum ini, Twitter dan juga UberMedia telah diperkatakan dalam perbincangan untuk pembelian TweetDeck ini.

TweetDeck Web

Dengan adanya TweetDeck dibawah Twitter, ianya menjadikan kini Twitter turut sama menyediakan aplikasi desktop rasmi untuk para penggunanya. Ianya tidak diketahui berkenaan sama-ada ianya akan dijenamakan semula ataupun tidak. Dan suatu perkara lagi, berkemungkinan besar, perkhidmatan Deckly mungkin akan ditamatkan, memandangkan Twitter lebih mengutamakan mesej dibawah 140 aksara.

Twitter masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan apakah yang akan dilakukan bersama-sama TweetDeck buat masa ini. Ianya juga tidak diketahui samaada aplikasi web TweetDeck akan diperkenalkan kepada semua ataupun tidak selepas ini.


TIPS & ULASAN