Carian
Harian Metro Menyertai Industri Diskaun Harian Dengan MetroMall
May 3, 2011 Aman

Selain daripada pelbagai laman tawaran harian, ianya kini dilihat turut serta disertai oleh beberapa nama besar. Paling terkini adalah penyertaan akhbar harian terkemuka, Harian Metro dengan laman tawaran diskaun harian mereka yang mana dikenali sebagai MetroMall.

Sama seperti laman-laman diskaun tempatan yang lain, MetroMall menawarkan diskaun sehingga 70%, dan menawarkan pelbagai tawaran menarik yang berbeza setiap hari. Laman MetroMall turut sama menggunakan kaedah log masuk menggunakan Facebook Connect, selain menggunakan kad kredit sebagai salah satu cara untuk pembayaran.

Mungkin juga kelak MetroMall akan diintegrasikan pada aplikasi iPad Harian Metro sekaligus memberikan impak yang lebih besar lagi, kepada para peniaga dan juga para pembeli. Buat masa ini, antara tiga nama besar dalam industri tawaran harian adalah termasuk Groupon Malaysia, MyDeals dan juga DealMates, yang mana masing-masing sedang berkembang dengan drastik.

Komen