Cari @ Amanz

Ingatkah lagi anda dengan GreyAttic yang pernah diperkenalkan sebelum ini? Kini, mereka telah pun mengumumkan yang mana kumpulan kelompok pertama yang bakal mendapat bimbingan mereka dalam membangunkan startup akan bermula pada bulan Jun ini.

Melalui GreyAttic, mereka akan memberikan bimbingan dan bantuan dan berfungsi sebagai inkubator. Dengan menyertai dibawah GreyAttic, mereka meminta para peserta menumpukan lebih kurang 100 hari dalam membangunkan prototaip yang boleh berfungsi. Jadi, ianya boleh diperkatakan yang mana para peserta kelompok awal ini akan memperlihatkan idea mereka pada bulan Jun, dan akan membangunkannya sehingga bulan September kelak, sebelum prototaip akhir diperlihatkan dan dilancarkan.

Untuk kelompok pertama dibawah GreyAttic ini, mereka lebih cenderung untuk membantu mereka-mereka yang ingin memfokuskan dalam membangunkan aplikasi web dan juga mudah-alih, termasuk untuk platform iOS, Android dan juga Facebook. GreyAttic akan menyediakan makanan, ruangan pejabat, akses internet, bimbingan dan banyak lagi melaluinya.

GreyAttic juga akan membantu para pembangun untuk menghubungkan mereka bersama-sama pihak pelabur dalam membawakan projek mereka ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Bagi yang berminat, mungkin boleh menghantarkan penyertaan mereka untuk menyertai kelompok pertama ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd