Cari @ Amanz

Nampaknya pembangunan dan perkembangan sumber terbuka di Malaysia akan terus meriah sepanjang tahun ini dan yang akan datang, dimana terkini, sebuah koperasi khas ditubuhkan, dikenali sebagai Koperasi Sumber Terbuka Malaysia Berhad (KOSTEM).

Secara ringkasnya, melalui KOSTEM, ianya merupakan salah satu inisiatif baru dalam komuniti sumber terbuka di Malaysia, yang mana bertujuan untuk membantu menjana ekonomi para penggiat, pengguna dan juga peminat sumber terbuka tempatan. Menariknya adalah ianya akan mengguna pakai model koperasi dalam memperkembangkan penyampaiannya.

Buat masa ini, Ahli Lembaga Koperasi Ahli Jawatankuasa Penaja (AJP) untuk KOSTEM telah pun dilantik sewaktu Bengkel Antara Distro #2 yang diadakan di HackerSpaceKL pada 26 Mac yang lepas. Mereka yang dipilih juga merupakan peminat dan penggiat tempatan, sekaligus memperlihatkan masa depan yang lebih cerah untuk komuniti sumber terbuka tempatan.

Sekiranya anda merupakan peminat, pengguna mahupun penggiat sumber terbuka tempatan, anda boleh menyertai KOSTEM dengan hanya mengisi sebuah borang khas secara atas talian, selain mana boleh turut serta dalam perbincangan berkaitan KOSTEM. Halaman rasmi KOSTEM di domain KOSTEM.my bakal diperkenalkan tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd