Kini, selain daripada perisitwa digodam pada pagi tadi, laman blog Tun Dr Mahathir Mohamad disenarai hitamkan, dan dikaitkan dengan penyebaran malware melalui laman tersebut. Ini sekaligus secara tidak langsung mengakibatkan kebanyakkan pengguna tidak dapat mengakses laman blog Chedet.
Menurut laporan ringkas daripada Google, ianya dilaporkan yang mana daripada 372 halaman yang diuji, lebih daripada 50 halaman disyaki mengandungi aplikasi malware yang berisiko dimana dimuat-turun secara automatik tanpa sebarang pengetahuan pengguna.
Ianya berasal daripada tiga domain yang berkait secara langsung dengan laman blog Chedet. Sebelum ini, laman blog Chedet telah pun disenarai hitamkan beberapa kali disebabkan masalah yang lebih kurang serupa. Menurut pembangunnya, sekiranya diperlukan, mungkin laman blog tersebut akan dipindahkan ke tapak yang lain.
Sebelum ini, Chedet menggunakan domain Chedet.com dan platform Blogger, sebelum pembangunnya mengalihkan laman blog tersebut ke Movable Type dibawah domain Chedet.co.cc