Apple Mengumumkan iMac Baru Dengan FaceTime HD dan Thunderbolt

Apple Mengumumkan iMac Baru Dengan FaceTime HD dan Thunderbolt

Diterbitkan pada Mei 3, 2011 oleh .

Seperti mana yang diperkatakan sebelum ini, Apple hari ini telah pun mengemaskini keluarga iMac mereka dengan pelbagai perkara baru, termasuk cip pemprosesan empat-teras generasi baru, sokongan Thunderbolt, grafik yang ditambah-baik, bersama-sama dengan kamera hadapan untuk FaceTime HD.

Menurut Apple, melalui iMac yang diperkemaskini ini, ianya membawakan kepantasan melebihi 70% lebih pantas, dan melalui grafik yang baru, ianya membawakan prestasi lebih tiga kali ganda lebih pantas berbanding generasi sebelumnya.

Para pengguna yang berminat boleh mendapatkan iMac generasi baru ini secara terus melalui Apple Store Malaysia, mahupun melalui pengedar-pengedar rasmi Apple seluruh negara, dimana setiap satunya didatangkan dengan pilihan Intel Core i5 dan juga Intel Core i7. Buat masa ini, halaman pada Apple Store Malaysia masih sedang dalam proses kemaskini, dan harganya permulaannya bermula daripada RM3999.


TIPS & ULASAN