Android Versi Seterusnya Akan Dikenali Sebagai Ice Cream Sandwich

Android Versi Seterusnya Akan Dikenali Sebagai Ice Cream Sandwich

Diterbitkan pada Mei 4, 2011 oleh .

Seperti mana yang pernah diura-urakan sebelum ini, kini ianya seperti sah yang mana versi Android seterusnya akan menggunakan nama Ice Cream Sandwich, memandangkan salah seorang pembangunnya yang menggunakan nama tersebut pada forum bantuan dalam memperkatakan mengenai Android versi seterusnya.

Walaubagaimanapun, ianya masih lagi tidak diketahui berkenaan dengan angka versi yang akan digunakan. Ianya masih menjadi tanda tanya samaada ianya akan menggunakan angka versi Android 2.5 ataupun 3.1. Buat masa ini, Gingerbread menggunakan angka versi 2.3, manakala Honeycomb menggunakan angka versi 3.0. Namun begitu, HTC Flyer yang diperkenalkan baru-baru ini oleh pihak HTC menggunakan Android 2.4.

Google dijangka akan memperlihatkan Android generasi akan datang tidak lama lagi, iaitu pada acara Google I/O kelak, dan mungkin pelbagai perkara baru yang lain mungkin sama akan diperlihatkan oleh Google pada hari yang sama. Sama-sama kita nantikannya yang bakal diadakan dalam tempoh kurang 6 hari lagi.


TIPS & ULASAN