Cari @ Amanz

Sejak memperkenalkan Anugerah Internet DiGi WWWOW lebih kurang dua minggu yang lepas, kini hari ini merupakan hari yang paling mencabar bagi pihak penganjur, dimana laman WWWOW tidak boleh diakses untuk lebih kurang sejak 2 jam yang lepas sehingga sekarang. Sebab utamanya masih lagi tidak diketahui buat masa ini.

Halaman DiGi WWWOW

Ianya kelihatan seperti pelayan mereka tidak boleh diakses. Ianya tidak pasti samaada adakah kerana bilangan pengunjung yang ramai ataupun mengapa memandangkan masih tiada sebarang pengumuman rasmi berkaitan dengannya buat masa ini.

Sebelum ini, DiGi telah memperkenalkan Anugerah Internet DiGi WWWOW pada 21 April yang lepas, dimana menyediakan anugerah untuk pelbagai kategori blog dan selebriti internet. Ianya menggunakan konsep undian menggunakan akaun Facebook, dan dijangka akan berlangsung sehingga 20 Jun kelak, sebelum pengumuman rasmi pemenangnya diumumkan sekitar pertengahan bulan Julai.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd