Cari @ Amanz

Selain daripada memperlihatkan aplikasi Android pada BlackBerry PlayBook, dan juga pengumuman kerjasama bersama-sama dengan pihak Microsoft, RIM juga telah mengumumkan yang mana mereka kelak akan menyertakan sokongan FourSquare, iaitu laman sosial berasaskan lokasi yang popular itu pada versi akan datang BlackBerry Messenger.

Dengan pengintegrasian FourSquare pada khidmat mesej percuma yang disediakan pada BlackBerry itu, ianya akan membolehkan para pengguna untuk berkongsi pelbagai perkara berkaitan FourSquare secara terus melalui BBM. Salah satunya adalah kebolehan untuk memperlihatkan maklumat lokasi yang anda daftar-masuk itu pada status BBM. Selain daripada itu, beberapa fungsi FourSquare lain juga dijangka akan turut sama diintegrasikan pada BBM.

Buat masa ini, RIM tidak memberikan sebarang tarikh pelancaran untuk BlackBerry Messenger versi baru ini, namun ianya dijangka akan dilancarkan pada tahun ini, dan mungkin bersama-sama dengan BlackBerry OS 7 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd