Dengan angka laman-laman berita yang semakin bertambah di internet, kini laman BeritaMY.com dilancarkan yang mana merupakan salah satu laman aggregator berita-berita tempatan. Ianya masih lagi baru, dan mungkin dalam pembangunan lagi buat masa ini, membawakan rekabentuk yang amat minimalis sekali buat masa ini.
Buat masa ini, BeritaMY memperlihatkan berita-berita terkini daripada pelbagai sumber dalam bentuk yang amat ringkas sekali, dengan sebuah pautan khas pada penghujung setiap berita, membolehkan para pembaca membacanya dengan lebih lanjut dilaman asal berita tersebut.
Selain daripada itu, ianya turut sama menyediakan fungsi API, membolehkan para pembangun yang berminat merujuk laman tersebut dalam membangunkan aplikasi mereka. Mungkin versi mudah-alih akan diperkenalkan juga tidak lama lagi.