Cari @ Amanz

Seperti mana yang kami laporkan sebelum ini, kini ianya sah yang mana Celcom bakal melancarkan pakej iPhone untuk para pengguna umum esok. Namun begitu, ianya masih lagi tidak diketahui apakah perbezaan yang akan diperlihatkan oleh Celcom berbanding dengan pakej untuk perniagaan (enterprise) yang diperkenalkan sebelum ini.


Iklan Celcom Pada Akhbar Hari Ini [via]

Hari ini, melalui kebanyakkan akhbar utama seluruh negara, Celcom memperlihatkan buah epal berwarna biru, yang mana merupakan promosi sama diperlihatkan oleh Celcom ketika pelancaran iPhone 4 tempoh hari. Berita lanjut akan menyusul selepas pengumuman Celcom esok.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd