Cari @ Amanz

iPhone 4 Putih Di Malaysia Pada Minggu Hadapan?

Oleh Aman

Link Copied!

Selain daripada pelancaran pakej iPhone 4 daripada Celcom, kini ianya juga turut sama kedengaran yang mana Celcom mungkin menjadi salah satu penyedia telekomunikasi yang pertama membawakan iPhone 4 Putih ke Malaysia, iaitu seawal minggu hadapan.

Menurut beberapa sumber, ianya mungkin akan dilancarkan pada minggu hadapan kelak, dan berkemungkinan besar ianya akan mula dijual pada 8 Mei ini, secara eksklusif dan khas, bersempena dengan pelancaran pakej iPhone 4 daripada Celcom.

Namun begitu, disebabkan kami masih tidak mendapat sebarang pengesahan rasmi daripada pihak Celcom, berita ini masih lagi dikategorikan sebagai ura-ura buat masa ini.

Sebelum ini, DiGi telah pun memulakan pendaftaran minat untuk iPhone 4 Putih, dan Maxis masih lagi belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan iPhone 4 Putih buat masa ini.


Komen ()