Maxis Menjadi Yang Pertama Menawarkan iPhone 4 Putih?

Maxis Menjadi Yang Pertama Menawarkan iPhone 4 Putih?

Diterbitkan pada Mei 4, 2011 oleh .

Nampaknya lebih pantas daripada Celcom dan DiGi, kini Maxis telah pun menawarkan iPhone 4 Putih kepada semua pengguna yang berminat. Namun begitu, ianya kurang pasti samaada ianya boleh didapati daripada Maxis bermula hari ini, ataupun bermula minggu hadapan.

Maxis memperlihatkan promosi iPhone 4 Putih dengan mesej khas sempena dengan Hari Ibu yang jatuhnya pada ahad ini, 8 Mei. Sebelum ini, ianya turut sama dilaporkan yang mana Celcom turut sama akan menawarkan iPhone 4 Putih pada hari Ahad ini, dengan pakej untuk iPhone 4 umum dijangka akan diketahui esok.

iPhone 4 Putih dan juga biasa dijangka akan membawakan harga yang serupa, dengan spesifikasi serupa, dan cuma membawakan perbezaan warna sahaja.

The iPhone 4 White is finally here in Msia & only available frm Maxis. Get yours 1st today! http://bit.ly/iP4whiteless than a minute ago via HootSuite Favorite Retweet Reply


TIPS & ULASAN