StyleKandi Kini Boleh Digunakan Oleh Semua

StyleKandi Kini Boleh Digunakan Oleh Semua

Diterbitkan pada Mei 4, 2011 oleh .

Setelah diuji pada masa beta untuk beberapa minggu, kini secara rasminya, laman sosial yang membolehkan para pengguna berkongsi inspirasi dari pelbagai segi dan kategori, termasuk gaya hidup, fesyen, gajet dan sebagainya, StyleKandi telah pun dilancarkan kepada umum.

StyleKandi merupakan salah satu projek laman sosial yang dibangunkan oleh pembangun tempatan dibawah Antics Media, dan membolehkan para pengguna mendaftar masuk menggunakan akaun Facebook sedia ada, atapun mendaftar dengan mudah pada halaman tersebut.

Dengan versi akhir StyleKandi ini juga, ianya turut sama membawakan beberapa perubahan dari segi antaramuka, yang mana kini ianya nampak lebih menarik dan mudah digunakan tanpa menganggu sebarang pengalaman penggunaan.


TIPS & ULASAN